SPPP faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami.
Rangkuman
Menerangkan cara pengendalian maklumat kenal pasti diri yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Portal/Sistem FCZ Online Versi 3, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat
Pengumpulan maklumat kenal pasti diri dilakukan semasa anda melayari portal/sistem ini, mendaftar akaun perkhidmatan online yang disediakan.
Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi.
Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.
Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman web dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.
Perkongsian dan Pendedahan Maklumat
Pihak SPPP tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam
SPPP hanya akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;
1. Mendapat kebenaran berbuat demikian.
2. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
3. Pihak SPPP mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.
Cookie
Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.
Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.
Portal/Sistem FCZ Online Versi 3 menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan:
1. Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk laman web yang lebih sesuai.
2. Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak.
3. Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Portal/Sistem FCZ Online Versi 3.
Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal/sistem ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.